Ekonomi Islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah - Anwar

Anwar ketika merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
Anwar ketika merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ekonomi Islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah dan tidak seharusnya terikat dengan pemikiran hukum semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya ketika merasmikan Global Forum of Islamic Economics and Finance (GFIEF) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa berkata, ia juga harus diperluas kepada cabaran baharu industri antaranya sekuriti makanan, sektor digital, kecerdasan buatan (AI) serta prinsip keadilan.

Forum anjuran Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini bagi membincangkan serta memajukan ekonomi serta kewangan Islam khususnya dalam kalangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bertemakan ‘Shaping a Resilient Global Islamic Economy Through Values-based Reforms’, GFIEF menghimpunkan para penggubal dasar, peneraju perniagaan dan penyedia perkhidmatan kewangan dari seluruh dunia.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!