Penempatan warga asing di Sentul diserbu, 124 orang diperiksa
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Sekumpulan warga asing lari lintang-pukang dan cuba memanjat bumbung rumah selepas penempatan haram mereka diserbu pada awal pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.
Penempatan warga asing yang dipercayai wujud hampir empat tahun lalu diserbu dalam satu operasi bersepadu pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama beberapa agensi penguat kuasa lain.
Operasi yang bermula jam 12.30 pagi dan berakhir sekitar jam 2 pagi berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Sentul, dekat sini menyaksikan seramai 124 orang warga asing diperiksa.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua warga asing yang diperiksa adalah dari Myanmar, Indonesia serta India.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667063/berita/semasa/warga-asing-lari-lintang-pukang-penempatan-haram-di-sentul-diserbu
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #JIM #PDRM #WargaAsing #PenempatanHaram