Kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam, Chef Wan disiasat polis

Chef Wan (kiri) disiasat USJT JSJ Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.
Chef Wan (kiri) disiasat USJT JSJ Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan cef selebriti terkenal, Chef Wan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu pada 24 Mei lalu.

"Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Komen Chef Wan itu mencetuskan kecaman daripada netizen yang menyifatkan kenyataan berkenaan bersikap perkauman.

Ia adalah reaksi kepada video Aiswarya Rai di Festival Filem Cannes yang dikongski pemilik akaun Instagram Namaste Bollywood berserta kapsyen First thought that comes to mind.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail didakwa memuat naik komen itu dengan berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: