Polis terima 20 laporan isu perobohan rumah di Kampung Sri Makmur
GOMBAK - Polis telah menerima 20 laporan berkaitan kes perobohan rumah di Kampung Sri Makmur Gombak dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu hanya satu laporan dibuka kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
"Selebihnya laporan itu diklasifikasikan sebagai ROA (Refer to Other Agency)," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Isnin, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan suasana kecoh yang berlaku apabila kawasan kediaman itu dirobohkan.
Media melaporkan sembilan keluarga yang merupakan penduduk asal dan sudah lama menetap di kampung terbabit telah diarahkan berpindah.
Ia bagi membolehkan kerja-kerja perobohan kediaman dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan dan pembangunan kondominium di kawasan berkenaan.
Sebelum itu, penduduk yang terlibat sebelum ini telah menerima notis untuk mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Januari lalu, namun telah ditangguhkan sehingga Ahad lalu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!