Sembilan kali tonton The Experts

Chee Chi Wai dari Seremban sudah menonton The Experts 9 kali, manakala Sheriff sebanyak 24 kali.
Chee Chi Wai dari Seremban sudah menonton The Experts 9 kali, manakala Sheriff sebanyak 24 kali.
A
A
A

MESKIPUN baru masuk hari keempat tayangan, seorang lelaki dari Seremban, Negeri Sembilan, Chee Chi Wai, 55, telah menonton filem aksi rompakan terbaharu, The Experts sembilan kali.

Chi Wai yang juga seorang pelukis pelan mengakui berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw itu.

“Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik. Saya yakin teknologi digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa.

“Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk tonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama.

“Saya sasar nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita,” katanya.

Setakat ini The Experts menduduki tangga pertama carta filem di GSC dan mengutip RM5 juta dalam tempoh empat hari.

Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air bermula dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM62 juta.

The Experts diarahkan pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!