Dakwaan negara bakal hilang 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi

Nik Nazmi. Foto Bernama
Nik Nazmi. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi antaranya akibat aktiviti pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Menteri berkenaan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang melibatkan komitmen kementerian untuk mengekalkan 50 peratus litupan kawasan berhutan di negara ini.

"Ketika ini litupan kawasan berhutan di negara ini 54.58 peratus, kita tahu ada cabaran (melindungi hutan) di beberapa kawasan, namun kita bekerja keras untuk melindunginya.

"Dakwaan ini kita kaji dan kementerian akan respons (keluarkan kenyataan) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno sempena International Humanitarian Conference 2024 anjuran Mercy Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan badan pemerhati RimbaWatch hari ini bahawa negara berisiko kehilangan 14 hingga 16 peratus hutan semula jadi susulan aktiviti pembalakan, penerokaan bagi pembukaan ladang kelapa sawit, projek tenaga hidro dan juga nyahwarta hutan simpan.

Laporan sama juga mendakwa bahawa litupan hutan semula jadi di negara ini sudah jatuh ke paras 46.97 peratus sejak dua tahun lepas.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kementeriannya sedang merangka Rang Undang-Undang Perubahan Iklim dan Pelan Adaptasi Kebangsaan yang dijangka dibentang pada sesi Parlimen tahun hadapan.

"Sekarang kita sudah mulakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri, NGO (badan bukan kerajaan) dan di peringkat kementerian, kita akan lalui semua proses (yang perlu) termasuk pergi ke Jabatan Peguam Negara untuk draf Rang Undang-Undang ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Dakwaan hutan semula jadi di negara ini sudah jatuh ke paras 46.97 peratus sejak dua tahun lalu #fyp #SinarHarian #Hutan #RizabHutan #NikNazmiNikAhmad

Crysis 2 Intro - Hans Zimmer

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!