Lelaki Jepun ditahan cipta perisian hasad guna AI generatif

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

TOKYO - Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma, lapor Jiji Press.

Ryuki Hayashi dari Kawasaki, wilayah Kanagawa, selatan Tokyo ditahan oleh Jabatan Polis Metropolitan kerana disyaki mencipta rekod elektronik tanpa kebenaran.

Menurut polis, hanya terdapat beberapa kes di mana tindakan penguatkuasaan undang-undang diambil ke atas penciptaan perisian hasad melalui penggunaan teknologi AI generatif.

Hayashi yang mengaku bersalah atas tuduhan itu dilaporkan berkata bahawa beliau ingin mendapatkan wang dengan mudah dan Hayashi percaya beliau boleh melakukan apa sahaja jika menggunakan AI.

Hayashi disyaki mencipta perisian hasad itu pada Mac tahun lepas dengan menggabungkan reka bentuk program perisian hasad haram yang diperoleh melalui penggunaan alat AI generatif interaktif. - Bernama-Jiji Press

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!