Ireland secara rasmi iktiraf negara palestin

Bendera Palestin (kiri) berkibar bersama bendera EU dan Ukraine di luar Rumah Leinster di Dublin. Foto AFP
Bendera Palestin (kiri) berkibar bersama bendera EU dan Ukraine di luar Rumah Leinster di Dublin. Foto AFP
A
A
A

DUBLIN - Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Langkah itu menyusul selepas Norway dan Sepanyol secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, berkata: "Kami ingin mengiktiraf negara Palestin selepas proses damai berakhir, tetapi kami mengambil langkah ini bersama Sepanyol dan Norway untuk menyokong keamanan."

Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas dengan pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berhasrat negara-negara lain akan menyertai inisiatif tersebut, menekankan bahawa ia akan meningkatkan prospek keamanan.

Susulan langkah Sepanyol, Norway dan Ireland, jumlah negara yang mengiktiraf Negara Palestin meningkat kepada 147, daripada 193 negara anggota dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!