Neymar umpama 'biawak hidup'

Neymar (depan, tiga dari kanan) menjulang trofi kejuaraan Liga Pro Saudi bersama rakan sepasukannya. Foto Agensi
Neymar (depan, tiga dari kanan) menjulang trofi kejuaraan Liga Pro Saudi bersama rakan sepasukannya. Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Brazil, Neymar Junior boleh diibaratkan sebagai 'biawak hidup' apabila tetap menerima imbuhan lumayan biarpun tidak beraksi bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal di sebahagian besar musim ini akibat kecederaan.

Selain menerima gaji sekitar £2.5 juta (RM14.60 juta) seminggu, Neymar mengundang cemburu Cristiano Ronaldo apabila dia turut menjulang trofi kejuaraan Liga Pro Saudi tanpa mengeluarkan setitik peluh.

Neymar, 32, meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Al-Hilal pada Ogos tahun lalu.

Namun, Neymar sekadar membuat tiga penampilan bersama kelab Arab Saudi itu sebelum mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang memaksanya berehat panjang.

Pada Selasa, Al-Hilal mengekalkan rekod tanpa kalah untuk menamatkan musim ini selaku juara Liga Pro Saudi ke-19 mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Al-Wehda.

Skuad kendalian Jorge Jesus mengatasi pesaing terdekat, Al-Nassr yang dibintangi Ronaldo dengan kelebihan 14 mata.

Al-Hilal kini dalam pemburuan treble selepas menjulang Piala Super Saudi pada April, dan mara ke final Piala Raja Saudi menentang Al-Nassr pada 1 Jun ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!