Rasuah tidak akan berakhir selagi ada penawaran, permintaan

Rasuah bukan perkara baharu sehinggakan banyak negara runtuh dan ekonomi pincang akibat jenayah tersebut.
Rasuah bukan perkara baharu sehinggakan banyak negara runtuh dan ekonomi pincang akibat jenayah tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenayah rasuah tidak akan pernah berhenti selagi wujud penawaran dan permintaan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, rasuah bukan perkara baharu sehinggakan banyak negara runtuh dan ekonomi pincang akibat jenayah tersebut.

Hamdan Daniel
Hamdan Daniel

“Saya tidak terkejut dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kerana jelas membuktikan bahawa ia (rasuah) seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat kita.

“Apabila jenayah itu berlaku walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu menekankan perihal membanteras jenayah, ia menunjukkan tahap integriti penjawat awam masih lagi rendah,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM Terengganu menahan reman tiga penjawat awam sebuah jabatan berkaitan urusan tanah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM25,000.

Mengulas lanjut, Hamdan Daniel berkata, pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam membendung jenayah berkenaan dengan mencari punca ‘virus’ terlebih dahulu bagi mendapatkan penawarnya.

“Jika punca berjaya diketahui, sudah tentu kita menyelidik kelompongan dalam institusi sehingga ada yang bertindak memberi atau menerima rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Berulang kali saya nyatakan bahawa selagi ada penawaran maka selagi itu ada permintaan rasuah dan perkara lain yang harus dilihat ialah jati diri kurang mantap atau goyah apabila disogok dengan material seperti wang ringgit, harta serta sebagainya,” tegas beliau.

Selain itu, beliau berkata, pihak atasan yang berkepentingan harus senada dengan usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan rasuah.

Ujar Hamdan Daniel, jumlah denda dan hukuman penjara perlu dikaji semula agar dapat memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahawa amalan rasuah membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri malah keluarga dan masyarakat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!