Ambil kira cc kenderaan, jarak perjalanan

Bantuan RM200 Budi Madani mungkin tidak memadai bagi mereka yang memiliki cc kenderaan besar dan perlu melalui jarak perjalanan lebih jauh untuk urusan pekerjaan harian. Gambar kecil: Barjoyai
Bantuan RM200 Budi Madani mungkin tidak memadai bagi mereka yang memiliki cc kenderaan besar dan perlu melalui jarak perjalanan lebih jauh untuk urusan pekerjaan harian. Gambar kecil: Barjoyai
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil kira kuasa enjin (cc) kenderaan dan jarak perjalanan setiap pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil komoditi bagi pemberian subsidi Budi Madani.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, secara asasnya bantuan RM200 yang bakal dinikmati itu dilihat mencukupi buat pemilik kenderaan menggunakan cc rendah dan perjalanan tidak melebihi 150 kilometer (km) sehari.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

Namun katanya, jumlah tersebut mungkin tidak memadai bagi mereka yang memiliki cc kenderaan besar dan perlu melalui jarak perjalanan lebih jauh untuk urusan pekerjaan harian.

“Jika dikira dengan jumlah RM200 sebulan yang diberikan ini (kepada kategori yang layak) mengikut perkiraan selepas harga diesel tanpa subsidi dan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan itu sudah memadai sebenarnya.

“Tapi, kita juga perlu ambil kira cc kenderaan dan jarak perjalanan yang ditempuhi mereka sekiranya ingin memastikan pemberian ini sama rata. Seperti yang saya katakan sebelum ini, perincian tersebut hanya boleh dilakukan melalui data lengkap seperti sistem Pangkalan Data Utama (PADU),” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Barjoyai berkata, kerajaan perlu memastikan projek rintis pelaksanaan subsidi bersasar untuk bahan api jenis diesel ini benar-benar mencapai objektif ditetapkan bagi memberi keyakinan kepada rakyat sebelum rasionalisasi lebih besar dilaksanakan nanti terutamanya petrol.

Ini kerana katanya, penyasaran subsidi petrol bakal memberi kesan memandangkan hampir kesemua rakyat di Malaysia mempunyai kenderaan jenis itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!