Beruang matahari betina masuk perangkap
Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, pada 19 Mei lalu pihaknya telah menerima aduan mengenai haiwan liar terbabit yang dikatakan berkeliaran di sekitar kebun penduduk.
"Bertindak atas aduan tersebut, anggota dari Perhilitan Daerah Jeli telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan telah memasang satu unit perangkap di lokasi aduan pada Sabtu.
"Tiga hari kemudian, beruang matahari terbabit telah berjaya memasuki perangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, tangkapan itu sedikit sebanyak melegakan penduduk di kawasan tersebut seterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.
Ujarnya, operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat.
Mohamad Hafid memberitahu, bagi mengurangkan kes konflik melibatkan beruang, penduduk khususnya pekebun adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah mitigasi seperti sentiasa berteman semasa ke kebun dan tidak memasuki kawasan tersebut pada waktu malam.
"Sentiasa membersihkan kebun dan tidak dibiarkan semak samun dan memasang lampu pada waktu malam," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!