Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo dikatakan menyebut Bismillah sebelum mengambil sepakan percuma ketika perlawanan Al Nassr menentang Al Ittihad pada Selasa.

Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.

Dua gol tersebut menyaksikan Ronaldo menjadi penjaring terbanyak liga dengan 35 gol dan memecahkan rekod yang dicipta Abderrazak Hamdallah yang menjaringkan 34 gol pada musim 2019

Kamera merakam Ronaldo dari jarak dekat dan pemain Portugal itu mendongak ke atas dan mulutnya menyebut Bismillah sebelum melakukan sepakan percuma pada minit ke-66.

"Cristiano Ronaldo sebelum mengambil tendangan bebas: Bismillah," ciapan di akaun SimplyGoal di laman X.

Video Ronaldo itu mendapat banyak komen daripada pengguna media sosial yang menyifatkan Ronaldo semakin dekat dengan Islam dan ada juga yang mengatakan sebenarnya pemain itu menyebut 'wish me luck'.

"Semoga Allah membimbingnya kepada Islam," tulis seorang pengguna laman sosial.

"Dia berkata 'wish me luck'," tulis seorang lagi pengguna laman sosial dengan emoji ketawa.

Artikel Berkaitan:

Ini bukan kali pertama Ronaldo dipercayai mengucapkan Bismillah kerana Pemenang lima kali Ballon d'Or itu pernah didakwa melakukan perkara sama ketika mengambil sepakan penalti untuk pasukan negaranya pada perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia.

Malah, Ronaldo juga sudah terbiasa dengan budaya di Arab Saudi apabila sering dilihat mengenakan jubah dan serban selain mengucapkan assalamualaikum ketika berjumpa rakan sepasukan Al-Nassr.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!