Wan Rosdy ucap Selamat Hari Wartawan Nasional

Wan Rosdy (depan, tengah) mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2024 kepada semua pengamal media di negara ini khasnya di negeri Pahang. Foto Facebook Wan Rosdy
Wan Rosdy (depan, tengah) mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2024 kepada semua pengamal media di negara ini khasnya di negeri Pahang. Foto Facebook Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

"Selamat Hari Wartawan Nasional 2024 kepada semua pengamal media di negara ini khasnya di negeri Pahang.

"Terima kasih atas peranan penting dalam menyampaikan informasi yang sahih dan tepat kepada rakyat," ujar hantaran tersebut.

Beliau juga berharap semua rakan media terus berpegang kepada etika kewartawanan terutamanya dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai hari sambutan tersebut sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Ia bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!