Sembilan rumah kedai musnah terbakar

Tujuh rumah kedai 100 peratus musnah dan dua lagi musnah 40 peratus dalam kejadian tersebut.
Tujuh rumah kedai 100 peratus musnah dan dua lagi musnah 40 peratus dalam kejadian tersebut.
A
A
A

LIPIS - Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.57 pagi.

Menurutnya, 14 anggota dan empat pegawai membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis dibantu BBP Raub bersama empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 28 kilometer dari BBP Lipis.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 3.25 pagi, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan deretan 11 buah rumah kedai jenis separuh kekal.

Kebakaran membabitkan deretan rumah kedai separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Lipis awal pagi Rabu.
Kebakaran membabitkan deretan rumah kedai separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Lipis awal pagi Rabu.

"Kejadian menyebabkan tujuh rumah kedai musnah 100 peratus, dua lagi musnah 40 peratus manakala baki dua rumah lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4.43 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kejadian tidak melibatkan mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!