China sering dianggap sebagai paksi pengimbang dengan kuasa Barat khususnya Amerika Syarikat dalam konteks hubungan luar Malaysia. Dianggap sebagai kuasa besar pesaing utama Amerika Syarikat, hubungan Malaysia dengan China cukup penting khususnya dari aspek ekonomi dan geopolitik.Menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China bulan ini, Wacana Sinar ingin menyorotinya dari sudut potensi yang ada, juga menangani isu-isu yang wujud dengan negara Tembok Besar itu.