Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat dari UMNO - Mohd Puad

 Mohd Puad. Laporan Sinar Harian
Mohd Puad. Laporan Sinar Harian
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah disifatkan sebagai mesej paling kuat daripada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO konsisten dan afidavit yang difaikan itu membuktikan UMNO bukan meminta perkara yang tidak wujud.

Justeru, beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meminta Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited melaksanakan Titah Adendum.

"Apabila Wan Rosdy failkan afidavit menyokong afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia mesej yang paling kuat dari UMNO.

"Ahmad adalah Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Wan Rosdy pula adalah Naib Presiden kanan UMNO dan MB Pahang. Itulah setiakawan UMNO membela Najib.

Justeru kerajaan PMX perlu komited melaksanakan Titah Adendum itu. UMNO bukan minta perkara yang tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menambah Kerajaan Madani wujud atas prinsip menerima dan menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika itu.

"Justeru amat wajar Titah Adendum itu juga dihormati oleh Kerajaan Madani. UMNO konsisten dan tidak menikam serta bercuriga," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, media melaporkan Wan Rosdy, memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Afidavit itu diikrarkan Menteri Besar Pahang menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada 21 Mei lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!