Juruterbang parah pesawat F-35 terhempas di Lapangan Terbang Arbuquerque
WASHINGTON - Seorang juruterbang terselamat daripada kemalangan versi pembangunan pesawat pejuang F-35 tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque pada petang Selasa, lapor United Press International (UPI).
Lockheed Martin menerbangkan pesawat itu ke Pangkalan Tentera Udara Edwards di California Selatan, tetapi pesawat tersebut terhempas di bahagian selatan lapangan terbang.
Pesawat itu terbakar, namun api telah dipadamkan oleh anggota bomba tempatan.
Juruterbang keluar menggunakan ejektor dari pesawat dan sedar apabila pasukan tindak balas kecemasan tiba dan membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Pasukan penyelamat juga merawat dua orang awam yang mengalami kecederaan ringan selepas serpihan melintasi jalan dan mengenai mereka.
Punca kemalangan itu tidak dilaporkan tetapi didakwa melibatkan sebuah pesawat dari Pangkalan Tentera Udara Kirtland.
F-35 Lightning II adalah pejuang generasi kelima supersonik satu tempat duduk yang mampu terbang sehingga 1,200 mph dan mencapai ketinggian maksimum 50,000 kaki. - Bernama-UPI
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!