Zii Jia terpaksa tarik diri Terbuka Singapura

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri sebelum perlawanan pertama menentang Anthony Sinisuka Ginting di Terbuka Singapura pada Rabu.

Team LZJ dalam satu kenyataan berkata, naib juara Masters Malaysia itu dinasihatkan untuk menarik diri oleh pihak perubatan selepas mengalami kecederaan 'hamstring'.

"Satu keputusan sukar untuk menarik diri daripada Terbuka Singapura. Tetapi, selepas pemeriksaan perubatan, Zii Jia dinasihatkan untuk menarik diri kerana kecederaan hamstring yang dialami ketika Terbuka Thailand dan Masters Malaysia.

"Fokus Zii Jia kini adalah untuk proses pemulihan," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, masalah kekejangan otot mula dirasai pemain di ranking ke sembilan dunia itu ketika aksi suku akhir menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen.

Namun, dia tetap mengambil keputusan untuk beraksi di perlawanan separuh akhir dan sekali lagi mengalami kecederaan sama ketika menentang Angus Ng Ka Long sebelum mengesahkan tempat ke final.

Sebelum aksi Malaysia Masters, dia turut berjaya muncul juara Terbuka Thailand menewaskan Ka Long.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!