Kes pengiring kenamaan cederakan OKU selesai cara baik

Rusdi. Laporan Sinar Harian.
Rusdi. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa kes seorang pengiring kenamaan yang dilaporkan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) sudah diselesaikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada pengadu pada jam 1 tengah hari Selasa.

"Pengadu dikatakan telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

"Kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rusdi berkata, pengadu kemudian telah membuat laporan polis kedua pada jam 9.59 malam, hari sama, dia menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis siasat kes OKU dipukul pengawal orang kenamaan Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Kes #Pukul #OKU #Pemandu #Hotel #PengawalPeribadi #SalahFaham #Polis

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!