Geng Ruben aktif pecah masuk premis perniagaan tumpas

Habibi menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Rabu.
Habibi menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam ahli Geng Ruben yang aktif melakukan jenayah pecah masuk premis perniagaan di Kepong di sini sejak dua bulan lalu diberkas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Habibi Majinji berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 38 tahun ditahan secara berasingan di sekitar ibu kota pada 13 Mei hingga 28 Mei lalu.

"Kita turut menahan dalang kumpulan itu berusia 29 tahun yang memiliki 14 rekod jenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Rabu.

Habibi berkata, modus operandi kumpulan itu adalah mereka memecah masuk bengkel, kedai alat ganti kereta dan restoran pada jam 1 pagi hingga 5 pagi.

"Apabila mereka masuk premis tersebut, selain melarikan barang berharga, suspek akan mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTC) untuk menghapuskan bukti," katanya.

Habibi berkata, polis merampas pelbagai barangan yang dicuri seperti alat ganti kereta, komputer riba dan peralatan pecah kedai yang dianggarkan RM100,000.

"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan van yang dilaporkan hilang," katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan 11 kes pecah premis perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih mengesan seorang lagi individu yang masih bebas, kesemua suspek yang ditahan disambung reman dan kita telah mendapat arahan untuk mendakwa mereka di mahkamah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!