Panasonic LUMIX S9 mesra pencipta kandungan

Rekabentuk LUMIX S9 bersaiz kompak dan ringan sekaligus menjadikannya mudah digunakan dan berupaya memberi pengalaman baharu serta sesuai digunakan oleh pencipta kandungan.
Rekabentuk LUMIX S9 bersaiz kompak dan ringan sekaligus menjadikannya mudah digunakan dan berupaya memberi pengalaman baharu serta sesuai digunakan oleh pencipta kandungan.
A
A
A

PANASONIC melancarkan kamera tanpa cermin bingkai penuh terkecil dan paling ringan, LUMIX S9.

Kamera dilengkapi dengan PDAF (fokus auto pengesanan fasa), menyediakan fungsi penjejakan subjek yang sangat baik, dan Active I.S selain mampu mengurangkan kekaburan dan gegaran kamera ketika proses rakaman dilakukan.

Reka bentuk LUMIX S9 bersaiz kompak dan ringan sekaligus menjadikannya mudah digunakan dan berupaya memberi pengalaman baharu serta sesuai digunakan oleh pencipta kandungan.

Terdapat empat pilihan warna LUMIX S9 iaitu Jet Black, Crimson Red, Dark Olive dan Night Blue yang bakal memasuki pasaran negara Julai nanti.

Pengarah Bahagian Merchandising AV Pemasaran Panasonic Asia Pasifik, Alex Chong berkata, LUMIX S9 membolehkan pencipta kandungan menikmati dengan mudah pelbagai gaya warna popular, klasik atau yang direka khas dalam kamera dengan fungsi real time LUT yang popular melalui butang fungsi butang ‘LUT’ pada badan kamera.

Menurutnya, penggunaan kamera berkenaan menjadi lebih mudah apabila aplikasi LUMIX Lab baharu membolehkan pencipta membangunkan fail warna LUT unik mereka sendiri menerusi telefon pintar.

“Ini bermakna pengguna boleh memuat turun video asli dan boleh dikongsi dengan mudah tanpa memerlukan penyuntingan pada komputer selain dapat memperluaskan skop kelajuan pemindahan data dari kamera ke telefon pintar yang telah dipertingkatkan,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Alex (kiri) dan Takahiro Oyama mempekenalkan Panasonic LUMIX S9 pada pelancaran dan sidang akhbar yang diadakan pada Rabu.
Alex (kiri) dan Takahiro Oyama mempekenalkan Panasonic LUMIX S9 pada pelancaran dan sidang akhbar yang diadakan pada Rabu.

Pelancaran LUMIX S9 telah disempunakan oleh Timbalan Pengarah Urusan Pemasaran Panasonic Asia Pasifik, Takahiro Oyama.

Alex berkata, LUMIX S9 turut dilengkapi format rakaman baharu MP4 Lite.

“Pencipta kandungan boleh mengambil video berkualiti tinggi dalam format optimum untuk telefon pintar dan mengubah saiz nisbah bidang dengan mudah agar sesuai dengan media sosial dengan aplikasi LUMIX Lab,” katanya.

Diedarkan oleh Shriyo Marketing, LUMIX S9 boleh dibeli menerusi pra-pesanan pada harga RM 7,599 untuk DC-S9GA (badan sahaja) dan RM 8,999 untuk DC-S9KGA, yang disertakan dengan Lensa R2060.

Orang ramai yang membuat pra-pesanan bermula 30 Mei hingga 30 Jun 2024 akan memperolehi warna Jet Black dan Dark Olive.

Manakala yang ditempah dari Lazada atau Shopee bermula 6 hingga 30 Jun 2024 akan mendapat warna Jet Black dan Crimson Red.

Semua pra-pesanan LUMIX S9 akan datang dengan hadiah percuma SmallRig L-Shape handle, pek bateri dan kad SD SanDisk Extreme Pro 64gb.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!