4,169 saman berkait mat rempit dikeluarkan di Pulau Pinang

Sebanyak 4,169 saman dikeluarkan pihak berkuasa pada tahun ini sehingga April yang melibatkan mat rempit dan lumba haram di Pulau Pinang.
Sebanyak 4,169 saman dikeluarkan pihak berkuasa pada tahun ini sehingga April yang melibatkan mat rempit dan lumba haram di Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 4,169 saman dikeluarkan menerusi 150 operasi yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa pada tahun ini sehingga April yang melibatkan mat rempit dan lumba haram di negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, sebanyak 14 lokasi panas dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan penunggang motosikal untuk berkumpul mempamerkan aksi berbahaya serta menyalahi undang-undang jalan raya.

Menurutnya, antara lokasi tumpuan golongan mat rempit ialah Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bulatan Bayan Baru, Jalan Tun Dr Awang, Padang Kota Lama, Lingkaran Luar Butterworth, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Sama Gagah dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Daniel Gooi
Daniel Gooi

"Selain itu, Jalan Bukit Gambir, Jalan Mayang Pasir, Jalan Sultan Azlan Shah, Butterworth-Kulim Expressway (BKE) dan Taman Ilmu yang terletak di Seberang Perai Selatan.

"Isu masalah mat rempit ataupun samseng jalanan kini telah menjadi isu nasional dan hangat diperkatakan masa kini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang telah mengenal pasti beberapa lokasi tumpuan penunggang motosikal berkumpul dan membuat aksi merbahaya dan menyalahi undang-undang jalan raya,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Pertama Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 pada Rabu.

Beliau menjawab isu rempit serta perlumbaan haram yang dibangkitkan Phee Syn Tze (PH-Sungai Puyu) dan Mohamad Shukor Zakariah (PN-Pulau Betong).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Daniel Gooi berkata, pihak polis juga telah membuat operasi seperti pemeriksaan premis kedai yang mengubah suai motosikal dan lain-lain penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang.

Jelasnya, Polis Pulau Pinang khususnya Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik memandang serius terhadap isu ini dan sentiasa komited untuk mengekang dan mengurangkan kegiatan samseng jalanan ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!