Rejim Zionis bedil 'bandar khemah' lagi

Penduduk Palestin terpaksa berpindah-randah sejak tiga minggu lalu dari Rafah menuju ke Khan Yunis. Foto AFP
Penduduk Palestin terpaksa berpindah-randah sejak tiga minggu lalu dari Rafah menuju ke Khan Yunis. Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Rejim Zionis didakwa melancarkan satu lagi serangan ganas menyasarkan 'bandar khemah' di selatan Genting Gaza dan mengorbankan sekurang-kurangnya 21 penduduk Palestin.

Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan kempen pengeboman itu berlaku di zon pemindahan ditetapkan Israel di barat Rafah.

Ofensif tersebut dilancarkan ketika unit kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) semakin mara ke tengah bandar selatan itu yang terus dihujani bom sejak awal bulan lalu.

Menurut penduduk, pasukan kereta perisai itu ditempatkan di bulatan al-Awda di tengah Rafah ketika kempen serangan terus diperhebatkan ke seluruh enklaf tersebut.

“Unit tersebut kini 'mengepung' zon selamat yang menjadi tempat perlindungan baharu penduduk Gaza,” ujar sumber keselamatan dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pejabat Media Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 72 penduduk Palestin terkorban dalam tempoh 48 jam.

“IDF sememangnya berniat untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam,” tegasnya.

Ketika komuniti antarabangsa terus mengecam Israel, rejim Zionis sekali lagi cuba memutar-belitkan fakta apabila ia menafikan tentang dakwaan serangan terbaharu di bandar Rafah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, siasatan dilancarkan IDF juga mendakwa kononnya terdapat bekalan peluru yang ditempatkan di kawasan berhampiran lokasi 'bandar khemah' yang menyebabkan kebakaran besar di lokasi yang turut dibedil rejim Zionis pada Ahad lalu.

Sejak tiga minggu lalu, kempen pencerobohan Israel menyebabkan hampir sejuta penduduk Palestin tiada lagi tempat mahu dituju. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!