'Dulu Matematik dapat C, tak sangka dapat A'

Nur Dalilah bersama slip keputusan SPM 2023.
Nur Dalilah bersama slip keputusan SPM 2023.
A
A
A

RAUB - Seorang pelajar Orang Asli di sini, tidak menyangka akan mendapat keputusan A bagi subjek Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan Isnin lalu.

Nur Dalilah Abdul Malik yang meraih keputusan 9A berkata, sebelum ini dia hanya mampu mendapat 40 markah sahaja untuk subjek Matematik.

"Saya akui agak lemah Matematik, masa percubaan dapat C tapi kerja keras dan usaha guru yang memberikan latihan sebelum peperiksaan banyak membantu.

"Syukur Alhamdulillah, keputusan ini juga berkat doa dan sokongan ibu bapa, guru, rakan-rakan serta pihak sekolah," kata remaja itu dari Kampung Panchor di sini.

Tambah Nur Dalilah, bapanya, Abdul Malik Hasan, 55, yang bekerja kampung dan ibunya, Ani Mohamed Nor, 45, merupakan suri rumah banyak memberinya dorongan untuk berjaya.

Nur Dalilah berkata, dia suka mengulangkaji pelajaran pada awal pagi kerana lebih fokus selain rajin bertanyakan kepada guru-guru jika tidak memahami apa yang dipelajari.

Anak keempat daripada lima beradik itu juga berkata, dia ingin mengikut langkah kejayaan dua kakaknya sebelum ini.

"Seorang kakak saya belajar di Universiti Malaya (UM) dan seorang lagi pula pernah sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini saya masih sedang fikir lagi, banyak pilihan tapi mungkin henadak masuk Tingkatan Enam," katanya ingin bergelar ahli perniagaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!