Budak lelaki maut dilanggar pacuan empat roda dipandu bapa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun lapan bulan maut dilanggar kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu bapanya. Gambar hiasan. Gambar kecil: Abdul Rozak
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun lapan bulan maut dilanggar kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu bapanya. Gambar hiasan. Gambar kecil: Abdul Rozak
A
A
A

BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun lapan bulan maut dilanggar kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu bapanya di halaman sebuah rumah di Kampung Wakaf Kubor, Kluang, Kampung Raja, dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kenderaannya selepas selesai membasuh kenderaannya di halaman rumah berkenaan.

"Siasatan awal telah mendapati kejadian berlaku ketika bapa kepada kanak-kanak itu mengalihkan kenderaan jenis pacuan empat roda setelah selesai membasuh kenderaan berkenaan di halaman rumah.

"Bapa mangsa tidak menyedari kanak-kanak yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya dan menyebabkan dia telah terlanggar anaknya.

"Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Gong Medang untuk menerima rawatan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abdul Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Abdul Rozak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa berkenaan.

"Kita menyeru dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka semasa memandu di kediaman sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Terutama apabila melibatkan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kecil serta tidak membiarkan kanak-kanak di luar rumah tanpa pengawasan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Budak lelaki maut dilanggar pacuan empat roda dipandu bapa #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #KanakKanak #Budak #Kemalangan #Langgar #Maut #Bapa #PacuanEmpatRoda

Suspense - Gold-Tiger