Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan Malaysia di Singapura

Aaron-Wooi Yik Foto: BAM
Aaron-Wooi Yik Foto: BAM
A
A
A

BEREGU badminton lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran Malaysia mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura Super 750 di Stadium Tertutup Singapura pada Rabu.

Pada aksi pusingan pertama, Aaron-Wooi Yik diberi saingan sengit pasangan Taiwan Chang Ko-chi-Po Li-wei sebelum meraih kemenangan 22-20, 21-17 dalam tempoh 41 minit untuk berdepan satu lagi wakil Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin.

Turut mara beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan wakil Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-11 bagi berdepan pilihan kelima dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Sementara itu, beregu campuran, gandingan negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengatasi wakil Jerman Jan Colin Voelker-Isabel Lohau 21-14, 21-11 akan bertemu pasangan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek di pusingan kedua.

Bagaimanapun cabaran pemain perseorangan utama wanita negara Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tewas straight set 20-22, 18-21 kepada pilihan ketiga dari Sepanyol, Carolina Marin.

Sebelum itu, juara Malaysia Masters, Goh Soon Huat-Shevon Lai juga pilihan keempat menewaskan wakil dari India, Summeth B Reddy-Sikki Reddy, 21-18, 21-19 untuk berdepan pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada pusingan kedua.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!