Dakwaan beras diperbuat daripada plastik tidak benar

Paparan skrin video menunjukkan genggaman nasi yang didakwa plastik.
Paparan skrin video menunjukkan genggaman nasi yang didakwa plastik.
A
A
A

AUTA

KUALA LUMPUR - Tular di laman sosial sebuah video mendakwa beras berjenama terkenal yang dijual di pasaran Malaysia diperbuat daripada plastik.

Dalam video berdurasi lebih satu minit itu, kelihatan seorang wanita menggumpal nasi di dalam genggamannya menjadi bentuk bulat.

Wanita itu kemudiannya membaling gumpalan nasi itu ke atas meja dan kedengaran seorang lelaki berkata ‘plastik’ dipercayai mendakwa nasi tersebut diperbuat daripada plastik.

Di awal video, perakam turut merakamkan gambar bungkusan beras tersebut dan memaparkan jenamanya.

Video itu tular di laman sosial di mana netizen turut meragui beras-beras lain yang berada dalam pasaran.

FAKTA

Begitu pun, pada April 2017, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras cap Rambutan Super Special Tempatan Lima Peratus berdasarkan keputusan awal ujian yang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Kementerian itu berkata, pemeriksaan dan siasatan dilakukan terhadap kilang beras jenama berkenaan di Mergong, Alor Setar susulan video tular yang mendakwa beras berkenaan sebagai beras plastik.

“Beberapa siri ujian telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut, hasil pemeriksaan mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis itu.

“Syarikat berkenaan juga memperoleh bekalan beras dari sumber sah iaitu daripada petani dan pengilang tempatan,” menurut kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!