‘Adakah Roslan dilantik PKR dengan Pengarah JPNS orang sama?' - Afnan

Afnan Hamimi
Afnan Hamimi
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoal kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai pelantikan Datuk Dr Roslan Hussin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang baharu parti itu.

Beliau mempersoal mengenai kewajaran pelantikan berkenaan berikutan semakan di laman web Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati Roslan juga individu sama yang memegang jawatan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

“Saya semak dengan laman web KPM dan menunjukkan nama sama (Roslan) yang menjadi Pengarah JPNS.

"Saya mahu tanya, adakah Roslan yang dilantik PKR ini orang yang sama?

"Sengaja mahu tanya, kalau betul orang yang sama, bermakna PKR ini boleh pula lantik penjawat awam menjadi anggota parti politik? Lagi-lagi memegang jawatan MPP pula.

“Kalau benar dia dilantik, kenapa ada cikgu aktif dalam politik yang menyokong Perikatan Nasional (PN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini diambil tindakan, diberi surat tunjuk sebab, ditukar sekolah, disekat dan banyak lagi tindakan?” soalnya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Tangkap layar video yang dimuat naik Afnan Hamimi menerusi Facebook pada Rabu.
Tangkap layar video yang dimuat naik Afnan Hamimi menerusi Facebook pada Rabu.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, PKR mengumumkan rombakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan selepas enam negeri lain menerima kepimpinan baharu pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, MPP turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi MPN Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, Azan Ismail dan Pengarah JPNS, Roslan sebagai ahli MPP yang baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!