Elak solat tahan kentut atau hadas

ELAKKAN solat dalam keadaan tahan kentut atau hadas seperti membuang air kecil dan besar.
ELAKKAN solat dalam keadaan tahan kentut atau hadas seperti membuang air kecil dan besar.
A
A
A

GARA-GARA mahu mengejar solat berjemaah, terdapat segelintir orang sanggup menahan kentut dan hadas seperti membuang air kecil serta besar.

Masakan tidak, mereka mahukan ganjaran pahala berganda jika dibandingkan dengan menunaikan sembahyang secara bersendirian.

Berwaspadalah, jangan pula jadi ‘yang dikejar tak dapat, yang dikencong berciciran’. Dek kerana terlalu mengejar pahala, kita terlupa tentang tujuan asal solat itu ditunaikan.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, meskipun sah solat dalam keadaan menahan kentut dan hadas, tetapi perbuatan itu dilarang oleh syarak.

USTAZ AZHAR IDRUS
USTAZ AZHAR IDRUS

“Ia sehinggakan dikatakan tiada pahala. Bahkan, ada segelintir ulama mengatakan tidak sah dan sebahagiannya lagi mengatakan tidak sempurna sembahyang itu.

“Pendek kata, makruh hukumnya kita solat dalam keadaan menahan hadas dan kentut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video dikongsikan di akaun media sosial YouTube miliknya.

Artikel Berkaitan:

Apabila kita berada dalam situasi itu dan tidak mampu untuk menahannya sehingga mengganggu kekhusyukan solat, agamawan tersebut menjelaskan, para ulama menyatakan bahawa hendaklah kita menyelesaikan hadas tersebut terlebih dahulu.

“Kemudian mengambil wuduk dan sembahyang semula sekalipun kita luput daripada menunaikan solat berjemaah. Bahkan, perbuatan itu adalah lebih baik daripada kamu sembahyang jemaah dalam keadaan menahan hadas sebagaimana larangan Nabi Muhammad SAW dalam hadis.

“Kata ulama, masuk (untuk solat selepas mengqadakan hajat) dalam keadaan sunyi daripada gangguan, itulah sembahyang yang terbaik,” katanya.

Apabila sedang mendirikan solat dan terasa seperti mahu kentut, buang air kecil atau besar, Azhar menjelaskan, jika kita rasa sedikit, boleh menahannya serta tidak menggangu solat, disunatkan meneruskan sembahyang itu.

SEBELUM mendirikan solat, sebaiknya sempurnakan 'keperluan' atau qada hajat terlebih dahulu. -Foto: Canva
SEBELUM mendirikan solat, sebaiknya sempurnakan 'keperluan' atau qada hajat terlebih dahulu. -Foto: Canva

Katanya, tujuan solat didirikan adalah untuk mengingati ALLAH SWT.

“Bila kita terlalu menahan kencing atau buang air besar, sebenarnya kita teringat kepada tandas, bukan ALLAH. Solat kita tiada ‘inti’ roh.

“Bagaimanapun jika sudah tidak tahan lagi, sempurnakan hajat kita dulu. Batalkan solat dan pergilah qada hajat, baru ambil wuduk dan sembahyang. (Perbuatan itu) Dia membesarkan ALLAH SWT,” katanya.

Kepada mereka yang terasa mahu kentut ketika sedang mendirikan solat, Azhar mengingatkan agar mereka tidak melepaskan ‘angin’ tersebut sewaktu dalam saf ketika di surau atau masjid.

“Sebaiknya keluar dari saf dan barulah melepaskannya, sebelum ambil wuduk dan solat semula,” ungkapnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!