Enam motosikal kena 'pukat'

Polis melaksanakan Op Motosikal di laluan motosikal Lebuhraya SUKE, Ampang pada Selasa.
Polis melaksanakan Op Motosikal di laluan motosikal Lebuhraya SUKE, Ampang pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Enam motosikal ditunggang warga asing, selain kesalahan ubah suai ekzos masuk 'pukat' polis dalam operasi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, operasi bermula jam 7.30 pagi itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di laluan motosikal.

Menurutnya, Op Motosikal itu bertujuan untuk mengesan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

"Hasil operasi telah mengeluarkan 63 saman hasil pemeriksaan ke atas 53 kenderaan.

"Saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan-kesalahan lazim antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi serta ubah suai ekzos," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Nazruel, pihaknya turut menyita enam motosikal jenis Yamaha Lagenda, Yamaha Y15, Yamaha 135LC serta Honda Wave.

Jelasnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

"Lima motosikal itu adalah yang ditunggang oleh warga asing dan satu lagi ditunggang warga tempatan kerana kesalahan pengubahsuaian ekzos.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, motosikal antara penyumbang besar kepada statistik kemalangan setiap hari.

"Oleh itu, dinasihatkan supaya semua pengguna motosikal khususnya mematuhi peraturan ditetapkan misalnya memakai topi keledar dengan kemas dan diperakui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!