Seorang maut nahas bas ekspres, kereta

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan dekat Gugusan Adela petang tadi. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan dekat Gugusan Adela petang tadi. - Foto ihsan bomba
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan bas ekspres yang membawa 27 penumpang di Kilometer 1.5 Jalan Tanjung Belungkor - Terminal Feri dekat Gugusan Adela Bandar Penawar, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, kesemua penumpang bas yang merupakan pekerja di sebuah resort tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashamon Bahjah berkata, Honda City yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 74 dan 66 itu telah bertembung dengan bas ekspres terbabit semasa keluar dari persimpangan.

Keadaan bas yang terlibat kemalangan di Gugusan Adela petang tadi. - Foto ihsan bomba
Keadaan bas yang terlibat kemalangan di Gugusan Adela petang tadi. - Foto ihsan bomba

"Penumpang kereta iaitu seorang wanita telah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapat rawatan lanjut tetapi telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1941," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairi Nizam Mostafa berkata, seramai lima anggota dengan sebuah jentera dari BBP Sebana Cove dihantar ke lokasi kejadian dibantu BBP Penawar dan BBP Sungai Rengit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!