Lelaki maut, motosikal terbabas elak kereta

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan terbabas dipercayai mengelak sebuah kereta di Jalan Persiaran Raya, Simpang Pusat Sivik, Gua Musang pada Rabu.
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bersama rakan terbabas dipercayai mengelak sebuah kereta di Jalan Persiaran Raya, Simpang Pusat Sivik, Gua Musang pada Rabu.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bersama rakan terbabas dipercayai mengelak sebuah kereta di Jalan Persiaran Raya, Simpang Pusat Sivik dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa bersama rakannya yang berusia 17 tahun dari arah Bandar Baru Gua Musang menuju ke Bandar Lama Gua Musang.

"Ketika tiba di Persiaran Raya Simpang Pusat Sivik, motosikal yang dinaiki mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang berada di hadapan mereka.

"Namun motosikal tersebut telah hilang kawalan dan terbabas, menyebabkan kedua-dua rakan itu jatuh di atas bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Choon Foo memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan di talian 09-9121222 atau 013-3010408.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: