Calon Datuk Bandar Mexico mati ditembak 16 kali

Seorang penyerang bersenjatakan pistol menghampiri calon itu dari belakang semasa mangsa sedang bercakap dengan penduduk sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 16 das tembakan.
Seorang penyerang bersenjatakan pistol menghampiri calon itu dari belakang semasa mangsa sedang bercakap dengan penduduk sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 16 das tembakan.
A
A
A

MEXICO CITY - Seorang calon bagi jawatan ketua majlis perbandaran Coyuca de Benitez di negeri Guerrero, Mexico telah ditembak mati semasa perhimpunan penutupan kempen pilihan rayanya, menurut media tempatan pada Rabu.

Jose Alfredo Cabrera Barrientos yang bertanding mewakili gabungan pembangkang PRI-PAN-PRD dibunuh di komuniti Las Lomas, lapor Sputnik.

Seorang penyerang bersenjatakan pistol menghampiri calon itu dari belakang semasa mangsa sedang bercakap dengan penduduk sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 16 das tembakan.

Terdahulu pada hari sama, seorang calon mewakili parti pemerintah Mexico bagi jawatan ketua majlis perbandaran Encarnacion de Diaz, Gilberto Palomar Gonzalez dan dua yang lain cedera dalam satu serangan bersenjata di negeri Jalisco.

Calon tersebut bersama abang dan setiausahanya, telah dikejarkan ke hospital dengan kecederaan akibat tembakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!