Tiga sekawan diberkas, dadah hampir RM1 juta dirampas

Rajab (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pihaknya susulan tertangkap suspek pertama di Setiawangsa, Kuala Lumpur, 13 Januari lalu. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Rajab (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pihaknya susulan tertangkap suspek pertama di Setiawangsa, Kuala Lumpur, 13 Januari lalu. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah bernilai hampir RM1 juta selepas menahan tiga individu dalam tiga serbuan berasingan pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, ketika operasi pada jam 5 pagi, seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Viva di Setiawangsa dikesan dalam keadaan mencurigakan ditahan untuk pemeriksaan.

Menurutnya, polis menjumpai 18 bungkusan plastik disyaki berisi dadah jenis syabu seberat 18.9 kilogram bernilai RM948,000.

"Soal siasat kemudian membawa kepada penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita dalam serbuan di sekitar Cheras dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati dua suspek itu dipercayai rakan sejenayah kepada suspek utama yang telah aktif kira-kira dua bulan lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.

Sebanyak 18 bungkusan dadah jenis syabu bernilai RM948,000 yang dirampas polis pada 13 Januari lalu di Setiawangsa, Kuala Lumpur. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Sebanyak 18 bungkusan dadah jenis syabu bernilai RM948,000 yang dirampas polis pada 13 Januari lalu di Setiawangsa, Kuala Lumpur. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau berkata, semakan turut mendedahkan dua suspek lelaki masing-masing memiliki 10 dan tujuh rekod jenayah lampau.

Katanya, polis percaya dadah itu diseludup masuk dari negara jiran sebelum diedarkan di sekitar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan polis sedang memburu beberapa rakan suspek yang masih bebas.

"Suspek kini sedang direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!