MGB anjur majlis ‘roof topping’ Rumah Idaman Melur

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA – Syarikat pembangunan hartanah, MGB Berhad (MGB) telah menganjurkan majlis ‘roof topping’ sebagai tanda fasa pembinaan struktur bangunan projek Rumah Idaman Melur yang terletak di Cybersouth, Dengkil, telah selesai.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB,Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, pada 24 Mei lalu.

Menurutnya, struktur bangunan tersebut telah disiapkan kira-kira satu bulan lebih awal daripada jadual dimana hasil daripada penggunaan teknologi inovatif konkrit pratuang sistem binaan berindustri (IBS).

“Kecekapan dan konsistensi merupakan antara elemen penting di dalam proses pembinaan, MGB menekankan kepentingan penggunaan konkrit pratuang IBS dalam projek pembinaannya.

“Setakat kini, IBS telah membantu mengurangkan tempoh pembinaan sebanyak 33 peratus dan penggunaan tenaga buruh sebanyak 31 peratus. Kilang IBS milik MGB ini mampu menghasilkan panel konkrit pratuang IBS untuk membina sebanyak 6,000 unit hartanah setiap tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

No Image Caption

Hock San berkata, dengan penggunaan teknologi konkrit pratuang IBS, MGB akan menyediakan sejumlah 7,210 unit rumah mampu milik di bawah inisiatif Rumah Selangorku Idaman MBI.

“MGB berdedikasi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang layak dan menetap di negeri Selangor untuk memiliki rumah mampu milik, sekali gus menyokong matlamat Kerajaan Negeri untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2025.

Artikel Berkaitan:

“Sementara itu, MGB juga menyasarkan penyerahan milikan kosong kepada pemilik Rumah Idaman BSP di Bandar Saujana Putra, yang dijadualkan pada suku ketiga tahun ini. Kedua-dua Rumah Idaman BSP dan Rumah Idaman Melur merupakan antara dua daripada enam buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang dibangunkan oleh MGB,”katanya.

Menurutnya, majlis ‘roof topping’ itu melambangkan hasil kerja keras semua pihak dan komitmen MGB yang tidak berbelah bahagi.

"Majlis ini bukti dedikasi kami terhadap pembinaan rumah yang berkualiti. Ia turut memberi manfaat terhadap pembeli yang bakal menikmati gaya hidup di kawasan kejiranan dan komuniti yang berkembang.

“Dengan mempamerkan kepakaran kami dalam pemasangan konkrit pratuang IBS, MGB berada di dalam kedudukan yang baik untuk pengembangan yang berterusan di peringkat domestik dan antarabangsa. Pesanan belian yang diterima daripada Sany Alameriah untuk pembekalan dan pemasangan elemen pratuang untuk 400 unit pembangunan ROSHN Alarous, Jeddah berada dalam jadual yang ditetapkan, di mana elemen konkrit pratuang telah dibekalkan dan dipasang secara berperingkat. Kami kekal fokus untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!