Tular kad khas untuk tegur masalah parkir
KUALA LUMPUR - Isu masalah parkir kereta termasuklah 'double park' atau menggunakan parkir orang kurang upaya (OKU) sering kali mendapat perhatian umum.
Bukan itu sahaja, pengguna juga pernah mengalami situasi di mana menemui kenderaan yang tidak parkir dengan betul sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa.
Kita juga tertanya-tanya adakah pemilik ini akan mengulangi perkara sedemikian dan bagaimana untuk menyedarkan mereka bahawa tindakan tersebut adalah satu kesalahan.
Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, seorang pelayar Twitter tampil kreatif dengan membuat kad khas untuk 'tegur' dan memberi kesedaran kepada pengguna yang mendatangkan masalah kepada orang lain.
Lebih dikenali Syafiq, dia memuat naik kad tertera 'Anda parking dengan zalim, menyusahkan orang, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri'
Kad untuk tempahan itu juga tertulis kata-kata nasihat kepada pengguna sebagai langkah positif menyedarkan mereka.
Malah bukan itu sahaja, kad itu menyediakan ruang untuk pemiliknya menandakan kesalahan merujuk kepada kesalahan pengguna tersebut.
Jika pengguna membuat kesilapan parkir di parkir OKU, pemilik boleh menandakan kesalahan tersebut begitu juga kesalahan lain seperti parkir senget, 'double park' dan parkir dekat sangat sebelum meletakkan kad ini di cermin kereta.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen hingga ramai mahu membeli kad khas tersebut.
"Saya perlukan ini untuk beri kat kereta-kereta mewah parkir di pusat beli belah." ciap Ashraf.
Hi guys, this is the design that will be released. A much more sopan than the previous one, remember that this serves only as a ‘tegur’ medium. Don’t misuse it.
— Sapik (@syafiqunzir) January 18, 2020
1 box (100 pcs) = RM30
1/2 box (50 pcs) = RM18
All included postage cost. Of you guys interested do DM me pic.twitter.com/3yJlJgk0eS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!