Red Bull mula terokai liga Inggeris

Stadium Elland Road gelanggang keramat Leeds United.
Stadium Elland Road gelanggang keramat Leeds United.
A
A
A

RED Bull memulakan penerokaan liga bola sepak Inggeris dengan membeli kepentingan minoriti dalam Leeds United.

Perjanjian itu akan menyaksikan syarikat minuman tenaga tersebut menjadi penaja jersi baharu pasukan berkenaan selain menjadi rakan kongsi minuman tenaga eksklusif.

Kerjasama itu juga akan menyaksikan logo entiti perniagaan itu akan dipamerkan di Stadium Elland Road.

Red Bull sebelum ini mengundang kontroversi berhubung perjanjian sebelumnya dengan kelab bola sepak - termasuk di Austria apabila FC Red Bull Salzburg menukar nama, lambang dan nama stadium selepas dibeli syarikat itu pada 2005.

Syarikat minuman tenaga dari Austria itu memiliki beberapa kelab termasuk Liga Bolasepak Utama (MLS) New York Red Bulls, RB Leipzig (Jerman) dan Red Bull Salzburg (Austria).

Namun untuk kelab ditubuhkan pada 17 Oktober 1919 yang berpangkalan di Elland Road, Leeds menegaskan tiada perubahan terhadap nama dan logo pasukan itu.

“Perjanjian itu membawa hasil komersial baharu serta pelaburan modal tambahan untuk kepentingan pemilikan minoriti yang akan membolehkan kelab bersaing di dalam dan luar padang ketika kelab itu mendapatkan promosi musim depan,” kata Leeds dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Leeds telah dimiliki 49ers Enterprises, cabang pelaburan francais NFL San Francisco 49ers, sejak 2023.

Artikel Berkaitan:

Leeds United hampir memenangi promosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan apabila mara ke final playoff kejuaraan sebelum tewas 0-1 kepada Southampton di Stadium Wembley.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!