Pening dengan segelintir doktor TikTok

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

Sejak akhir-akhir ini memang banyak doktor-doktor perubatan yang memiliki akaun sendiri di TikTok.

Tidak dinafikan ramai dalam kalangan mereka memberikan pelbagai tip penjagaan kesihatan diri terutama dari segi pemakanan yang memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

Masing-masing mempunyai kaedah penyampaian yang unik dan dapat menarik minat pengguna akaun tersebut.

Selain daripada mengambil peluang untuk menjual produk dan perkhidmatan tertentu, ada yang tampil dengan pelbagai 'mazhab' yang keras dan radikal terutama dari segi pengambilan pemakanan sehinggakan memeningkan orang ramai.

Sehinggakan ada yang bertanya: “Habis... aku nak makan apa ni, kalau semuanya tak boleh?” Bagaimanapun, ada sesetengah pandangan radikal tersebut disangkal pula oleh doktor-doktor lain yang mempunyai pendapat berbeza.

Kata kuncinya ialah kawal pemakanan dengan pengambilan yang sederhana mengikut keperluan tubuh.

Bagi mereka yang ada penyakit tertentu, mereka hanya perlu elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.

Jadi untuk mengelakkan kita jadi pening dengan doktor TikTok, sebaiknya kita berjumpa terus dengan doktor di klinik atau hospital.

Artikel Berkaitan:

Melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan mendapatkan nasihat perubatan sesuai dengan keadaan diri.

Jadi selebihnya kita boleh membuat pertimbangan yang wajar dengan apa sahaja maklumat yang disajikan kepada kita di media sosial.

Mana yang baik dan terbukti berkesan boleh kita ikut dan amalkan, yang penting kesihatan terjaga.

Jangan pula sekadar mendengar dan terhibur dengan apa yang disampaikan tetapi masih tidak sedar diri dan terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!