ARC 2024: Bunga Raya 15s pertaruh muka lama, baharu

Skuad Bunga Raya 15s yang mengalas cabaran negara dalam kempen ARC 2024. Foto: KRM
Skuad Bunga Raya 15s yang mengalas cabaran negara dalam kempen ARC 2024. Foto: KRM
A
A
A

SKUAD ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mempertaruhkan gabungan pemain senior dan muda apabila menyingkap cabaran Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2024 menentang Korea Selatan di Incheon pada Ahad ini.

“Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.

“Flyhalf Mohd Fairuz Ab Rahman pula diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

“Pemain muda juga mendapat tempat dalam senarai 23 pemain ke Korea seperti pemain di posisi nombor 9 (scrum half), Razali Ramlan yang akan bermain di kempen ARC untuk kali yang kedua,” menurut Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, seramai 23 pemain disenaraikan dalam skuad berdepan Korea Selatan dijangka berlepas esok.

Malaysia selepas menentang Korea Selatan, akan melayani kunjungan Hong Kong di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 8 Jun sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir di Dubai pada 21 Jun.

Sebagai rekod, Kejuaraan Ragbi Asia 2024 berlangsung dalam format liga sepusingan.

SKUAD BUNGA RAYA 15S ARC 2024

Artikel Berkaitan:

1. AHMAD ZULHILMI AZIZAD, 23

2. AMIRUL AIMAN IHSAN ABAS, 28

3. AMIRUL MUKMININ AMIZAN, 28

4. ANWARUL HAFIZ AHMAD, 31

5. AZAM FAKHRULLAH ABD RAZAK, 27

6. HARITH EL ISKANDAR SHAH MOHD SHUKRI, 21

7. MOHAMAD NASHARUDDIN ISMAIL, 32

8. MOHAMAD SYAHMI AFIQ EDAN, 30

9. MOHAMMAD AZRI MOHD KAMAL ROSNAN, 23

10. MOHAMMAD DAIM ZAINUDIN, 23

11. MOHD FAIRUZ AB RAHMAN (KAPTEN), 39

12. MOHD NURAZMAN RAMLI, 30

13. MOHD SHOBREY AMOK, 26

14. MUHAMMAD ABRAR ZANUDDIN, 23

15. MUHAMMAD AZWAN ZUWAIRI MAT ZIZI, 27

16. MUHAMMAD SAMEER MUHAMMAD SANI SURINDER, 26

17. MUHAMMAD ZHARIF AFFANDI MOHAMED ZAHIB, 31

18. RAZALI RAMLAN, 25

19. SAMUEL RENTAP ANAK MERAN, 27

20. SUHAIKAL SUHAIMI, 22

21. SYARIF NURHIDAYAT MUZHAIMEY, 34

22. ZULKIFLEE AZMI, 32

23. CHAPMAN LEE JAMES, 33

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!