Anwar adakan lawatan ke Sabah dan Labuan hari ini

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.

Anwar yang tiba di Kota Kinabalu lewat malam tadi, dijadualkan memulakan lawatannya dengan menghadiri Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang.

Hari ini merupakan hari penutup bagi Pesta Kaamatan dengan sambutan telah bermula dengan majlis pembukaan di Ranau pada 1 Mei, pesta menuai yang kini berevolusi menjadi pesta perpaduan disambut masyarakat berbilang latar belakang di Sabah, juga seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dijadual hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kapayan di sini sebelum bertolak ke Labuan.

Di Labuan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan bagi menyantuni penduduk di kawasan itu.

Perdana Menteri mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Sesi Taklimat Smart Labuan City di Wisma Perbadanan Labuan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!