Kerajaan Madani pupuk hubungan Malaysia-China

Anwar (kiri) ketika menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia.
Anwar (kiri) ketika menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50 pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.

"Malaysia kekal menjadi sebuah negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara untuk merapatkan jurang ini.

"Walaupun terdapat sebab untuk mengelakkannya - jurang perbezaan ideologi kami, perbezaan yang nampak tidak selari - pemimpin kami berani untuk berfikir di luar kebiasaan dan bertindak berani. Langkah ini telah berkembang menjadi satu perkongsian yang hebat dan bermanfaat.

Pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.
Pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.

"Kerajaan Madani komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata, beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: