Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang

Penduduk Palestin melihat kemusnahan kediaman mereka akibat dibom Zionis Israel. Foto Xinhua
Penduduk Palestin melihat kemusnahan kediaman mereka akibat dibom Zionis Israel. Foto Xinhua
A
A
A

KUMPULAN Hamas memberitahu tidak akan mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata ketika Gaza terus dibedil Israel.

Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.

Kenyataan Hamas menyusul ketika Israel meneruskan serangan ke atas bandar Rafah, walaupun diarahkan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) untuk menamatkan serangan.

Menurut kenyataan itu, Hamas tidak akan menjadi sebahagian polisi dengan meneruskan rundingan, ketika penduduk Palestin berdepan genosid.

Ia mengulangi pendirian kepada pengantara perang perlu dihentikan terlebih dahulu sebelum sebarang perjanjian dipersetujui.

Rundingan yang ditaja Mesir dan Qatar sebagai pengantara untuk menjayakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas tertangguh beberapa kali.

Kedua-dua pihak mendakwa ia tidak mencapai sebarang kemajuan.

Israel sebelum ini menolak tawaran Hamas, atas dakwaan ia tidak memadai dan berikrar untuk menghapuskan kumpulan tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!