Stesen minyak seleweng diesel diserbu

Sebuah lori turut ditahan dipercayai diubah suai untuk diisikan dengan minyak diesel menerusi serbuan yang dijalankan di sebuah stesen minyak di sini, pada Rabu.
Sebuah lori turut ditahan dipercayai diubah suai untuk diisikan dengan minyak diesel menerusi serbuan yang dijalankan di sebuah stesen minyak di sini, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah stesen minyak dekat sini dipercayai menjadi lokasi kegiatan penyelewengan diesel terbongkar susulan serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor pada Rabu.

Serbuan dijalankan hasil risikan dan tinjauan berdasarkan lokasi-lokasi yang dikesan menjadi kawasan khas kepada aktiviti penyelewengan diesel.

Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan KPDN Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, serbuan menerusi Ops Tiris dijalankan kira-kira jam 1 tengah hari itu mendapati terdapat sebuah lori tangki dipercayai membuat pengisian minyak selama hampir satu jam di stesen minyak terbabit.

"Pemeriksaan mendapati terdapat 12 transaksi dibuat dalam satu-satu masa dan melibatkan ribuan liter pengisian diesel," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pegawai KPDN Selangor turut menahan dua pekerja stesen minyak berkenaan untuk siasatan lanjut dalam operasi pada Rabu.
Pegawai KPDN Selangor turut menahan dua pekerja stesen minyak berkenaan untuk siasatan lanjut dalam operasi pada Rabu.

Katanya, lori tangki berkenaan turut diubah suai pada bahagian struktur badan dipercayai untuk diisi diesel yang dibeli daripada stesen-stesen minyak untuk tujuan penyelewengan.

"Turut ditahan adalah pemandu lori berumur lingkungan 50-an dan dua lelaki warga asing berumur 30-an yang merupakan pekerja stesen minyak terbabit," katanya.

Menurutnya, lori tangki, diesel dan pelbagai dokumen perniagaan berkaitan turut disita.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan sitaan melibatkan kira-kira RM500,000 termasuk keseluruhan diesel mencecah 10,000 liter dengan nilai subsidi melibatkan puluhan ribu ringgit.

"Tindakan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 itu memfokuskan dalam mengenal pasti individu, syarikat dan rantaian pengedaran bekalan diesel berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!