Wajib tunai badal haji orang berharta meninggal dunia
Langsaikan ‘hutang’ Allah sebelum pembahagian harta pusaka
ANTARA syarat wajib melaksanakan kewajipan haji termasuklah istito’ah atau kemampuan dari pelbagai sudut termasuk kewangan dan sihat, kecukupan bekalan yang ditinggalkan kepada ahli keluarga, sihat tubuh badan, selamat daripada rusuhan dan peperangan, aman perjalanan serta sampai gilirannya.
Bagaimanapun, kadangkala berlaku keadaan di luar jangka apabila seseorang itu meninggal dunia sebelum sempat menunaikan Rukun Islam kelima itu atau ditimpa sakit yang menyebabkan dirinya tidak mampu untuk ke Tanah Haram.
Apabila berlaku keadaan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab atas diri pesakit atau waris untuk melaksanakan badal haji menggunakan harta si mati.
Mengulas mengenai isu ini, pendakwah Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud menjelaskan, badal haji bermaksud upah mengerjakan haji kepada seseorang yang telah meninggal dunia.
"Apabila ibu bapa meninggal dunia, apa yang perlu kita lakukan sebagai anak adalah mengasingkan harta si mati terlebih dahulu dan utamakan pelaksanaan badal haji bagi mereka.
“Letakkan badal haji sebagai senarai keutamaan untuk kita selesaikan kerana ia merupakan ‘hutang’ mereka dengan ALLAH selain hutang mereka dengan orang lain,” katanya dalam program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk ‘Persiapan Haji dan Badal Haji’ yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia, salah satu pengendali takaful keluarga yang terkemuka di Malaysia.
Sun Life Malaysia melancarkan Kempen InsureLit untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang takaful sepanjang tahun.
Oleh sebab itu katanya, amat penting untuk umat Islam mempersiapkan diri mereka dengan membuat perancangan rapi dalam melaksanakan kewajipan ini ketika masih hidup.
"Antara persiapan yang perlu dilakukan (semasa hidup) termasuklah persiapan kewangan dengan cara menyimpan duit selain mendaftarkan diri di Tabung Haji.
"Selain itu, kita juga mesti mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan cara melakukan haji dengan mengambil kaedah dan petunjuk daripada sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW," jelasnya.
Menurut Mohamad Zarifi yang juga penulis buku dan penceramah motivasi, salah satu langkah yang boleh diambil bagi mempersiapkan diri untuk menunaikan ibadah haji adalah dengan menyertai pelan takaful yang disediakan oleh Sun Life Malaysia Takaful.
Sebagai salah satu syarikat takaful yang paling dipercayai di Malaysia, produk Sun Life Malaysia Takaful diinspirasikan daripada lima prinsip Islam yang mendorong komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang sejajar dengan nilai-nilai Islam.
Salah satu pelan takaful oleh Sun Life Malaysia Takaful yang menyokong keperluan Muslim dalam menunaikan kewajipan ibadah haji adalah Sun Hajj.
Sun Hajj ialah pelan takaful yang menawarkan perlindungan takaful jika berlaku kematian, hilang upaya kekal (TPD) kepada orang yang dilindungi.
Selain itu, antara manfaat yang bakal diperoleh melalui pelan Sun Hajj adalah seperti tambahan 100 peratus jumlah yang dilindungi jika berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh sewaktu menunaikan umrah atau haji.
Sun Hajj turut menawarkan manfaat badal haji sekiranya berlaku kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.
Pelan ini memperuntukkan sehingga RM5,000 bagi manfaat badal haji yang dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan Sun Life Malaysia Takaful dan jika kos tersebut kurang daripada RM5,000, lebihannya akan dibayar kepada penama atau penuntut yang sah.
Sebaliknya, jika penyedia perkhidmatan haji yang berdaftar tidak didapati atau kos badal haji melebihi daripada jumlah manfaat, nilai manfaat tersebut akan diberikan kepada penama atau pihak penuntut yang sah.
Untuk memahami lebih lanjut mengenai produk Sun Hajj dan produk lain Sun Life Malaysia, layari www.sunlifemalaysia.com.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!