Layang-layang hiasi langit Pantai Balok

Sebahagian layang-layang yang diterbangkan di langit Pantai Balok.
Sebahagian layang-layang yang diterbangkan di langit Pantai Balok.
A
A
A

KUANTAN - Pelbagai bentuk layang-layang di udara mempesona pandangan pengunjung pada Pesta Layang-Layang Gergasi yang diadakan selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad di Pantai Balok di sini.

Suasana cukup meriah di pusat peranginan itu dengan kehadiran pengunjung tempatan dan luar Pahang bagi menyaksikan pelbagai bentuk layang-layang berwarna-warni menghiasi dada langit.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk turut serta menaikan layang-layang yang dibeli mereka bagi memeriahkan lagi pesta tersebut.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk turut serta menaikan layang-layang yang dibeli mereka bagi memeriahkan lagi pesta tersebut.

Antara layang-layang yang dinaikkan seperti pilot kite, sotong gergasi, Upin Ipin, delta, spinner, cicak, harimau, stunt kite, kuda dan sebagainya menambah keindahan dan keunikan pemandangan.

Terdapat juga layang-layang bersaiz kecil diterbangkan sendiri oleh pengunjung sekali gus mencipta memori bahagia bersama anak-anak dan ahli keluarga.

Antara layang gergasi yang cuba diterbangkan pada pesta tersebut.
Antara layang gergasi yang cuba diterbangkan pada pesta tersebut.

Seorang suri rumah, Siti Kausa Masri, 40, dari Cheras, Selangor mengakui teruja untuk menyaksikan layang-layang gergasi secara dekat selepas melihat gambar dan video yang tular di laman sosial.

Siti Kausa
Siti Kausa

Artikel Berkaitan:

"Kalau ikutkan banyak bentuk layang-layang gergasi (yang akan) diterbangkan di sini, jadi sebab itu saya bersama ahli keluarga datang.

"Terus terang saya tidak pernah tengok layang-layang gergasi, jadi perasan teruja itu ada," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pantai Balok di sini pada Jumaat.

Rosmanida Awang, 40, juga tidak melepaskan peluang menyaksikan keunikan aneka layang-layang gergasi dengan membawa lima anaknya.

Rosmanida
Rosmanida

Suri rumah itu memberitahu penganjuran pesta tersebut berdekatan dengan rumahnya, justeru dia bercadang untuk datang bersama suami pada hujung minggu ini.

“Ini kali kedua saya dan anak datang untuk melihat layang-layang, macam tahun lalu pesta sama diadakan di Pantai Sepat.

“Hari ini boleh dikatakan meriah kerana pelbagai keunikan layang-layang yang dipamerkan seperti berbentuk sotong, kartun, spinner dan lain-lain, semuanya warna warni, tambahan pula anak-anak amat menyukainya," jelasnya.

Bagi, Abdullah Saleh, 64, yang bekerja kampung agak kecewa kerana tidak dapat melihat layang-layang gergasi.

Abdullah
Abdullah

"Saya tidak boleh hendak gambar apa lagi, sebab sebaik sahaja sampai, layang-layang tidak diterbangkan kerana kebetulan ketiadaan angin.

"Hendak tunggu sampai ke petang itu rasanya tidak sebab saya sekeluarga ada urusan lain selepas ini," katanya yang singgah ke Pantai Balok selepas mendapat tahu ada pesta terbabit.

Sementara itu, penganjur pesta layang-layang gergasi, Razali Mohd Alias, 56, berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung hadir sepanjang lima hari penganjuran yang berakhir Ahad ini.

Razali
Razali

Menurutnya, pesta sebegini amat membantu dalam menjaga warisan sedia ada, selain inovasi aneka layang-layang seperti watak kartun dan binatang seiring dalam usaha pemeliharaan seni wau negara.

Penganjur sedang berusaha menerbangkan layang-layang spinner di pada Pesta Layang-Layang Gergasi di Pantai Balok.
Penganjur sedang berusaha menerbangkan layang-layang spinner di pada Pesta Layang-Layang Gergasi di Pantai Balok.

"Tujuan kita adakan pesta ini untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk layang-layang gergasi yang berwarna-warni.

"Layang-Layang yang paling besar kita akan terbangkan bersaiz 50 meter iaitu sotong gergasi," katanya yang memaklumkan layang-layang ini diperoleh daripada luar negara.

Razali memberitahu, pertunjukan wau tradisional turut diadakan bermula hari Jumaat sehingga Ahad sebagai salah satu cara memeriahkan pesta tersebut.

Pesta layang-layang gergasi ini adalah anjuran Persatuan Wau dan Pelayang Pahang, Persatuan Silat Lian Pahang, Balok Holiday Park dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan serta Majlis Pelayang Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!