Panik budak terkunci dalam rumah dengan api dapur terbuka
SEMENYIH - Dua beradik nyaris menjadi mangsa kebakaran selepas kedua-duanya terkunci dalam sebuah apartmen dengan keadaan api dapur memasak yang terbuka di sini petang tadi.
Difahamkan kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dan perempuan berusia 3 tahun itu secara tidak sengaja terkunci dari dalam rumah selepas ibu mereka keluar membuang sampah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1 petang.
"Orang ramai cuba membantu dengan menyimbah air ke arah dapur untuk memadamkan nyalaan api dari luar rumah sebelum kami sampai," katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Darul Azreen berkata, pihaknya pula terpaksa memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!