Tidak mengaku salah cabul rakan banduan

Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sel penjaranya, dua tahun lalu. - Gambar hiasan
Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sel penjaranya, dua tahun lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sel penjaranya, dua tahun lalu.

Tertuduh, A Sitambarasan, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah empat pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Majistret, Khairunnisak Hassni.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 24 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di dalam sel Penjara Sungai Udang di sini kira-kira jam 12 tengah malam antara 8 Oktober dan 10 Oktober 2022.

Dia juga turut didakwa melakukan perkara yang sama di lokasi yang sama kira-kira jam 1.30 pagi pada 12 Oktober 2022.

Pendakwaan bagi kesemua kesalahan itu dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 28 Jun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!