Hilang fokus punca Tang Jie-Ee Wei rebah

Tang Jie (kanan) dan Ee Wei kalah straight set kepada pasangan Korea Selatan dalam aksi suku akhir Terbuka Singapura pada Jumaat. Foto Agensi
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei kalah straight set kepada pasangan Korea Selatan dalam aksi suku akhir Terbuka Singapura pada Jumaat. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakui aksi mereka bagai serba tidak menjadi ketika kalah straight set dalam aksi suku akhir Terbuka Singapura pada Jumaat.

Selepas tewas pada set pertama 14-21 pasangan negara cuba bangkit, namun gandingan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung berjaya mengawal rentak permainan dengan baik.

Ditambah dengan banyak kesilapan dilakukan Tan Jie-Ee Wei sekali gus menyerahkan kemenangan kepada pasangan Korea Selatan 18-21 dalam tempoh 42 minit permainan.

Tang Jie mengakui bermain baik pada set kedua dan berada di depan dengan kelebihan enam mata, namun mereka hilang fokus dan membuat kesilapan sekali gus membenarkan lawan untuk menang dan melangkah ke separuh akhir.

"Kami telah berusaha sebaik mungkin, tapi belum mencapainya (kemenangan). Pada set kedua, kami mendahului (mata) agak banyak, tapi banyak juga kesilapan ketika berada di depan.

"Itu yang kami rasa permainan hari ini (Jumaat) kurang menjadi.

"Kami memikirkan strategi lain (pada set kedua), tetapi mereka juga mengubah strategi. Kami tahu apa yang mereka lakukan (dalam gelanggang) cuma kami gagal mendapatkan mata kemenangan," katanya.

Keputusan tersebut melebarkan lagi jurang kekalahan mereka yang memihak pasangan negara Kimchi itu kepada tiga kemenangan daripada empat pertemuan.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan tunggal Tan Jie-Ee Wei ke atas pasangan Korea Selatan itu ialah pada Terbuka Jerman Mac 2023.

Apa pun pasangan negara berpeluang melunas dendam apabila mereka dijadual membuat perhitungan pada pusingan pertama Terbuka Indonesia bermula pada 4 hingga 9 Jun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!