Papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan terbakar
KUALA LUMPUR - Sebuah papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya dekat sini, dilaporkan terbakar dipercayai berlaku pada 1.25 tengah hari tadi.
Video kebakaran itu tular di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.
Selain itu, beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa terdapat individu dikatakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu semasa kebakaran berlaku.
Berdasarkan video yang tular, individu terlibat dilihat menuruni papan iklan itu selain bomba sudah berada di lokasi kejadian untuk operasi memadamkan api.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!